Jun 2, 2010

Malang tidak berbau kepada diri sendiri...cobaann...dugaan...

Minggu lepas saya pergi bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam...pada mulanya alangkah indah percutian ini sampailah camera saya diragut pada hari terakhir berada di sana...memang malang tidak berbau sungguh..haihhhh..sapa tak bengang camera baru kot..umur x smpai seminggu dah hilang kena bawak lari orang...tu satu hal..lepas aksi kejar-mengejar tu saya pun terus lah ke balai polis...Dengan polis berpakaian hijau stripe merah dengan selambanya tengah main mahjung..hampehh betul..Polis Komunis laa katakan..bukannya die nak tolong saya buat report ke apa, dia boleh tanya pulak "what do u want me to do?"...alamakkkk polis gapo dok tanyo soale gini...sesiapa yang dok kutuk polis diraja kita tu..sudah sudahlahh...polis komunis nie lagi hampehh..tu tourist tu tanya macam tu..belum rakyat biasa lagi...

inilah tempat kejadian saya kena ragut..8.30 pm (9.30 waktu Malaysia)...bukannya saya nie duduk tepi jalan..tengah berdiri atas tangga tu..kalau nak difikirkan saya lagi tinggi dari dia macam mana dia boleh ragut??..tapi masa dia tengah tarik tu saya terpaksa lepaskan jugak kalau tidak memang tersembam la dekat atas jalan tu ataupun lebih teruk diseret ke atas jalan..biarlahh duit boleh carik nyawa tak boleh carik...betul tak??..cubalah kalau saya ikat jerut dekat leher saya tali camera tu..entah apa akan jadi pun tak tahulah..tapi alhamdulillah tuhan selamatkan saya...kepada anda diluar sana khususnya wanita-wanita...berhati-hati..selamatkan nyawa dulu yang penting...lepas tu mintak tolong orang PAS doakan bala buat perompak tu..ahahaha..eh jap jap...alamakk org PAS tak doa untuk benda-benda yang macam ini..diorang doa bala untuk saudara se-islam je....hehee~

Semoga birthday saya besok 3 jun dapat memberikan rezeki dan panjang umur dan yang penting minta dijauhi oleh bala...aminnn...tengah tunggu claim insurans sahaja lahh..alhamdulillah dapat jugak claim balik camera tu..gambar-gambar sahaja laa yang tak dapat claim..hehee~ nak je cakap dekat si anjink peragut tu.."ko nak amik amik lah, memory card tu bagi aku balik.." hahahahaha...

May 17, 2010

Kegagalan untuk meraih Piala Thomas....

Kegagalan sekali lagi buat negara Malaysia untuk meraih Piala Thomas..18 tahun dan ia akan bertambah kepada 20 tahun untuk edisi yang akan datang..Untuk pemain jangan putus asa tekadkan semangat untuk berjuang demi negara tercinta Malaysia..Bagi saya topik utama kegagalan ini bukannya pemain dan pihak pengurusan tetapi rakyat Malaysia..

Disaat pasukan beregu negara zakry-fairuzizuan tewas suatu perkara yang cukup membuatkan saya sendiri marah dan kesal terhadap penonton yang hadir di stadium, kerana penonton membuat "boooo" dan mencaci-maki pejuang negara kita yang telah bermati-matian berjuang demi Malaysia..Mengapakah mereka sanggup mengkutuk pemain negara mereka sendiri??..Apakah yang akan dikatakan oleh rakyat China,Denmark,Jepun,Korea dan negara lain yang berada di stadium ketika itu??..1Stadium telah mem"boooo" pasangan beregu negara kita...bagi saya ia satu pengalaman yang cukup membuatkan hati saya sakit dan kesal dengan sikap rakyat negara saya sendiri..Perkara ini sama seperti pasukan Malaysia vs Man Utd pada tahun lepas yang pada masa itu di depan saya sendiri rakyat Malaysia mencaci Malaysia dan bersorak untuk Man Utd...

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia??dimana semangat patriotik??dimana semangat juang untuk mempertahankan negara??...Saya seorang tidak berdaya untuk mengubah perkara ini...tetapi yang penting saya mengharapkan rakyat negara kita ini supaya sedar akan pentingnya semangat nasionalisme ini..Kekuatan sesebuah negara bukan terletak kepada kerajaan,pemimpin ataupun tentera, tetapi kekuatan sesebuah negara itu terletak kepada kesetiaan rakyat negara itu sendiri....

p/s = Tahniah kepada Ultras Malaya yang membuat debut pertama kali untuk perlawanan badminton..Suara Ultras berkumandang dengan begitu semangat dan kuat di dalam Stadium Putra.Sampaikan PM Najib pandang berkali-kali..Syabas ULTRAS MALAYA!!!

Apr 27, 2010

Kemenangan Milik Barisan Nasional...

Alhamdullillah akhirnya rakyat telah kembali kepada Barisan Nasional..Tahniah kepada Kamal (P.Kamalanathan, panggil Kamal je senang..) dengan memenangi undian majoriti sebanyak 1,725...ini satu suara rakyat yang secara khusus memang tak sanggup lagi dah kena kencing dengan janji-janji Pakatan Roboh..Namun BN tidak boleh mendabik dada dengan bangganya lagi dengan kemenangan ini..banyak lagi yang harus dilakukan..Kejayaan pada PRU 2004 dengan G.Palanivel menewaskan Ismail Kamus dengan majoriti 14,483 harus dimenangi kembali oleh BN...Untuk itu tiada erti rehat,perang baru sahaja bermula ini hanya sebahagian kawasan kecil..Perang besar PRU-13 harus menjadi milik BN...Saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Barisan Nasional...HIDUP BN!!!!


Kemenangan milik Barisan Nasional!!!!!

Penyokong BN berasak-asak di depan Pusat Pengiraan Undi..Sementara itu Saudara Lokman Adam menenangkan mereka yang kecewa dek tak dapat masuk..takpa sabar brader sabar...BN dah menanggg...Nasib baik terubat juga laa hati penyokong ni apabila Dato' Seri Najb dan YB baru Kamal keluar bertemu penyokong-penyokong semua...

Yaaaa itu diaa mamat melayu sebelah Kamal tue membe aku, dia suruh aku ambik gambar lepas tu semua dok jerit 1Malaysia..langsung semua reporter amik gambar...hehehe..femes ko pendz...
Yang ini kesian..dah lahh kalahh boleh pulak lagi buat ceramah dekat stadium K.Kubu sebelah tu...hahahaha..Kesian Lim Kit Siang ramai nie je nak dengar die berucap??hahahaha...ohhh aku teringat aku terdengar Lim cakap.."Ini By-Election..Buy-Election jadii aaaahhh ini boleh buy punyaa laaa..." wahahahaha...adoihhhh,boleh pecaya jugak ke pacik macik PAS oiii...itulaaa PPSMI korang bantah..ambik kau benda macam ini pun kena kencingg..sedey betul...smua Melayu pulak tu itu yang paling menyedihkan...
Paling terakhirr ini benderaaa kitaaa kasiiii PIJAKKKK!!!!!JAHANAM PKR!!!!ANWAR IBRAHIM TAKKAN BERTAUBAT,KITA KASI HANCURRR SAJAA....

Apr 23, 2010

P094 Hulu Selangor...

Minggu ini saya pergi ke Serendah kawasan Pilihan Raya Kecil P094 Hulu Selangor yang dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...Ramai yang hadir di ceramah ini, memang tak dapat disangkal lagi pengaruh Tun memang kuat..Pemimpin lain yang hadir diantaranya ialah Dr Koh Tsu Koon dan Shahidan Kassim...Koh Tsu Koon ada cakap masa ceramah ini..Undi untuk 1Malaysia demi Wawasan 2020 dan Undilahh Tun Mahathir Undi untuk Barisan Nasional..Wahhhh bukan main mengampu memuji tinggi lagi si Koh Tsu Koon kepada Tun...hehehee...Saranan saya kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor...undilah kerana parti, undilah kerana Agama,Bangsa dan Negara....UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!..


Tu diaaa rakyat yang hadir pada ceramah Tun di Serendah...Saya rasa ceramah PKR takda sampai penuh macam ini..heheee..


A Living Legend...TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah pemimpin yang terbaik yang pernah saya saksikan dalam hidup saya...HIDUP TUN!!!!

Apr 2, 2010

Mesyuarat Agung PERKASA...


Pada minggu lepas saya menghadiri AGM Pribumi Perkasa di PWTC...Agak terkejut juga atas sambutan orang melayu yang hadir ke AGM ini..Seramai 10,000 orang telah membanjiri dewan tun razak 1...rata-rata yang hadir bukan sahaja dari kawasan Selangor dan Lembah Klang, tetapi ada sampai yang datang dari Perak dan Kedah..inilah "Semangat Melayu" yang harus ada di setiap hati seseorang yang berbangsa Melayu..Semangat nasionalisme itu sungguh penting untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara kita..

Ucapan Tun Mahathir cukup membuatkan kita sedar akan kelemahan melayu itu sendiri, bila difikirkan kembali betullah apa yang dikatakan oleh tun dulu "Melayu Mudah Lupa"...Saya berharap dalam situasi politik sekarang ini bangsa Melayu khususnya harus bersatu..Tengok saja di media-media tempatan,pemimpin dari bangsa lain begitu lantang menentang kata-kata ucapan Tun Mahathir di AGM ini..Salahkah bagi bangsa melayu itu sendiri untuk bercakap tentang melayu??Juga tidak salah pula mereka kaum cina dan india bercakap dalam bahasa mereka apabila mereka mahu bercakap tentang bangsa mereka??.Segalanya dari segi ekonomi telah dipelopori oleh bangsa lain..bagi saya satu-satunya melayu berkuasa di negara ini ialah kuasa politik..jikalau kuasa ini jatuh ke bangsa lain alamatnya jadi seperti melayu singapura lah kita..Bersatulah wahai bangsaku melayu....

Lagi satu saya nak cakap,remaja lingkungan 18 hingga 21 sekarang ini telah hilang semangat nasionalisme di dalam diri mereka..Mereka ini seolah terikut-ikut dengan budaya barat....Saya tertanya-tanya dimanakah pemuda-pemuda melayu di AGM Perkasa ini, kerana daripada pemerhatian saya tiada pemuda-pemuda yang bersemangat yang mahu menyertai program seperti ini..Bagi mereka hal-hal begini hanya untuk orang tua sahaja..Walhal pada zaman dahulu para pemuda adalah merupakan penggerak utama untuk melawan malayan union pada zaman menuntut kemerdekaan..pemuda pada zaman lalu lebih bersemangat untuk berkecimpung dalam bidang politik dan kemasyarakatan dan pemuda pada hari ini lebih gemar menonton konsert dan melepak bersama-sama geng mereka seperti shuffle,indie,punk,skinhead dan lain-lain lagi..Itulah yang saya katakan pemuda pada zaman ini lebih terikut-ikut kepada budaya barat yang kita semua tahu budaya punk,skin,shuffle ini datangnya dari barat...Mereka juga tidak tahu akan hal isu semasa yang berlaku di negara ini..Seperti golongan pemuda yang berkecimpung dalam politik..mereka hanya mendengar apa yang telah disampaikan oleh mereka yang semata-mata mahu meraih sokongan daripada rakyat..Pemuda seperti ini hanya termakan oleh kata-kata manis oleh pihak tertentu tanpa memikirkan pro dan kontranya...

Semangat nasionalisme inilah yang seharusnya diterapkan kepada pemuda-pemuda kita sejak dari kecil lagi..semangat ini yang membuatkan negara kita kuat...bayangkan budak berumur 10 tahun boleh mengatakan "apa barang malaysia"...Kalau yang sudah tua tu tak tahulah apa yang mahu dicakapnya...apa-pun kerajaan sepatutnya menerapkan semangat nasionalisme ini di dalam hati dan diri mereka..kita seharusnya mempunyai rakyat yang cinta akan negara dan sanggup lakukan apa sahaja demi Malaysia..tiada apa yang lebih baik dari negara kita sendiri iaitu Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku..

Mar 11, 2010

FAM Raja Lawak Slovakia??


Kes ini memang "panas" bagi peminat-peminat bola sepak di Malaysia..Pendedahan oleh media baru-baru ini yang telah mengatakan pemergian Harimau Muda A di Slovakia hanyalah perlawanan persahabatan semata-mata dan tiada mata kutipan bagi setiap perlawanan mereka mahupun pasukan lawan..Juga dilaporkan pihak FAM telah membayar segala perbelanjaan pasukan yang datang untuk berlawan bersama Harimau Muda A..Penjelasan dari FAM masih tidak didengari..Namun dari pemerhatian saya menerusi blog http://jaihomalaysia.blogspot.com/ mendapati bahawa pihak FAM masih tersentak dengan pendedahan ini...

Sedangkan Setiausaha Agung FAM Dato' Azzuddin telah mengatakan dahulu bahawa Harimau Muda A ini berlawan sebagai pasukan gantian untuk pasukan ZP Sport Podbrezova di liga slovakia ini.Walaupun Harimau Muda tidak mendapat mata tetapi pasukan yang berlawan dengan mereka akan dikira.Tetapi pendedahan dari pengurus kelab Slovakia MFK Ruzomberok yang mengatakan bahawa perlawanan mereka menentang Harimau Muda A hanyalah perlawanan persahabatan dan tidak dikira sebarang mata, cukup untuk membuatkan peminat bola sepak Malaysia terkejut dengan sandiwara FAM yang sebenarnya ini...


Walaubagaimanapun saya mengharapkan agar pihak FAM dapat menjelaskan dengan hati yang terbuka dan berterus-terang terhadap negara Malaysia..Jangan jadi bodoh sehingga kita sanggup membelanjakan wang hanya untuk mempelawa pasukan lain untuk berlawan dengan kita..MARUAH HARIMAU MALAYA tercalar dengan tingkah laku FAM yang sebegini...Saya tidak marah tindakan FAM menghantar Harimau Muda A ke Slovakia tetapi yang membuat saya angin ini ialah mengapa FAM perlu MENIPU???

Untuk membaca berita ini lebih lanjut sila ke link
 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaLawakdiSlovakia/Article

Mar 6, 2010

Gambar MBJ United


Disini ada some shot yang diambil semasa perlawanan persahabatan diantara MBJ United vs Universiti Pertahanan Negara Malaysia dan KL Plus FC Reserved(tak pasti)...

klik link di bawah untuk gambar yang selebihnya.
vs UPNM =  http://www.flickr.com/photos/48086120@N07/sets/72157623560541040/
vs KL Plus = http://www.flickr.com/photos/48086120@N07/sets/72157623469159473/