Apr 2, 2010

Mesyuarat Agung PERKASA...


Pada minggu lepas saya menghadiri AGM Pribumi Perkasa di PWTC...Agak terkejut juga atas sambutan orang melayu yang hadir ke AGM ini..Seramai 10,000 orang telah membanjiri dewan tun razak 1...rata-rata yang hadir bukan sahaja dari kawasan Selangor dan Lembah Klang, tetapi ada sampai yang datang dari Perak dan Kedah..inilah "Semangat Melayu" yang harus ada di setiap hati seseorang yang berbangsa Melayu..Semangat nasionalisme itu sungguh penting untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara kita..

Ucapan Tun Mahathir cukup membuatkan kita sedar akan kelemahan melayu itu sendiri, bila difikirkan kembali betullah apa yang dikatakan oleh tun dulu "Melayu Mudah Lupa"...Saya berharap dalam situasi politik sekarang ini bangsa Melayu khususnya harus bersatu..Tengok saja di media-media tempatan,pemimpin dari bangsa lain begitu lantang menentang kata-kata ucapan Tun Mahathir di AGM ini..Salahkah bagi bangsa melayu itu sendiri untuk bercakap tentang melayu??Juga tidak salah pula mereka kaum cina dan india bercakap dalam bahasa mereka apabila mereka mahu bercakap tentang bangsa mereka??.Segalanya dari segi ekonomi telah dipelopori oleh bangsa lain..bagi saya satu-satunya melayu berkuasa di negara ini ialah kuasa politik..jikalau kuasa ini jatuh ke bangsa lain alamatnya jadi seperti melayu singapura lah kita..Bersatulah wahai bangsaku melayu....

Lagi satu saya nak cakap,remaja lingkungan 18 hingga 21 sekarang ini telah hilang semangat nasionalisme di dalam diri mereka..Mereka ini seolah terikut-ikut dengan budaya barat....Saya tertanya-tanya dimanakah pemuda-pemuda melayu di AGM Perkasa ini, kerana daripada pemerhatian saya tiada pemuda-pemuda yang bersemangat yang mahu menyertai program seperti ini..Bagi mereka hal-hal begini hanya untuk orang tua sahaja..Walhal pada zaman dahulu para pemuda adalah merupakan penggerak utama untuk melawan malayan union pada zaman menuntut kemerdekaan..pemuda pada zaman lalu lebih bersemangat untuk berkecimpung dalam bidang politik dan kemasyarakatan dan pemuda pada hari ini lebih gemar menonton konsert dan melepak bersama-sama geng mereka seperti shuffle,indie,punk,skinhead dan lain-lain lagi..Itulah yang saya katakan pemuda pada zaman ini lebih terikut-ikut kepada budaya barat yang kita semua tahu budaya punk,skin,shuffle ini datangnya dari barat...Mereka juga tidak tahu akan hal isu semasa yang berlaku di negara ini..Seperti golongan pemuda yang berkecimpung dalam politik..mereka hanya mendengar apa yang telah disampaikan oleh mereka yang semata-mata mahu meraih sokongan daripada rakyat..Pemuda seperti ini hanya termakan oleh kata-kata manis oleh pihak tertentu tanpa memikirkan pro dan kontranya...

Semangat nasionalisme inilah yang seharusnya diterapkan kepada pemuda-pemuda kita sejak dari kecil lagi..semangat ini yang membuatkan negara kita kuat...bayangkan budak berumur 10 tahun boleh mengatakan "apa barang malaysia"...Kalau yang sudah tua tu tak tahulah apa yang mahu dicakapnya...apa-pun kerajaan sepatutnya menerapkan semangat nasionalisme ini di dalam hati dan diri mereka..kita seharusnya mempunyai rakyat yang cinta akan negara dan sanggup lakukan apa sahaja demi Malaysia..tiada apa yang lebih baik dari negara kita sendiri iaitu Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku..

No comments: