Mar 11, 2010

FAM Raja Lawak Slovakia??


Kes ini memang "panas" bagi peminat-peminat bola sepak di Malaysia..Pendedahan oleh media baru-baru ini yang telah mengatakan pemergian Harimau Muda A di Slovakia hanyalah perlawanan persahabatan semata-mata dan tiada mata kutipan bagi setiap perlawanan mereka mahupun pasukan lawan..Juga dilaporkan pihak FAM telah membayar segala perbelanjaan pasukan yang datang untuk berlawan bersama Harimau Muda A..Penjelasan dari FAM masih tidak didengari..Namun dari pemerhatian saya menerusi blog http://jaihomalaysia.blogspot.com/ mendapati bahawa pihak FAM masih tersentak dengan pendedahan ini...

Sedangkan Setiausaha Agung FAM Dato' Azzuddin telah mengatakan dahulu bahawa Harimau Muda A ini berlawan sebagai pasukan gantian untuk pasukan ZP Sport Podbrezova di liga slovakia ini.Walaupun Harimau Muda tidak mendapat mata tetapi pasukan yang berlawan dengan mereka akan dikira.Tetapi pendedahan dari pengurus kelab Slovakia MFK Ruzomberok yang mengatakan bahawa perlawanan mereka menentang Harimau Muda A hanyalah perlawanan persahabatan dan tidak dikira sebarang mata, cukup untuk membuatkan peminat bola sepak Malaysia terkejut dengan sandiwara FAM yang sebenarnya ini...


Walaubagaimanapun saya mengharapkan agar pihak FAM dapat menjelaskan dengan hati yang terbuka dan berterus-terang terhadap negara Malaysia..Jangan jadi bodoh sehingga kita sanggup membelanjakan wang hanya untuk mempelawa pasukan lain untuk berlawan dengan kita..MARUAH HARIMAU MALAYA tercalar dengan tingkah laku FAM yang sebegini...Saya tidak marah tindakan FAM menghantar Harimau Muda A ke Slovakia tetapi yang membuat saya angin ini ialah mengapa FAM perlu MENIPU???

Untuk membaca berita ini lebih lanjut sila ke link
 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaLawakdiSlovakia/Article

No comments: