Sep 3, 2009

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat.




Ketuanan Melayu telah menjadi asas perjuangan orang-orang melayu khususnya UMNO dari dulu lagi...Namun tahukah kita akan apakah asas perjuangan ketuanan melayu??.Sesetengah pihak telah mengatakan bahawa ketuanan melayu bermaksud melayu menjadi TUAN dan kaum yang lain menjadi HAMBA.Ketuanan Melayu bukanlah sesuatu yang diskriminasi atau ketidakadilan bagi kaum-kaum yang lain di Malaysia.Jika mereka mengatakan sedemikian setelah 50 tahun kita mencapai kemajuan dengan pesat seiring dengan kaum-kaum yang lain.Adakah sebelum ini kaum-kaum yang lain tidak diberikan kebebasan dan keselesaan untuk mengecapi kemajuan.Ketuanan Melayu ini adalah perjuangan atau menjadi asas mempertahankan kedudukan raja-raja melayu,bahasa melayu,adat istiadat melayu dan agama islam.Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan.Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman.selama perjuangan ketuanan melayu tidak ada sesiapa pun yang ditindas atau dijadikan hamba.Malah lebih ramai orang bukan melayu yang menikmati kemajuan pesat negara.Malah dalam ekonomi orang bukan melayu mendapat raih lebih besar berbanding orang melayu.

Untuk memberikan lagi tekanan terhadap ketuanan melayu ini.Kita boleh menyaksikan ada golongan yang memperkenalkan pula slogan Ketuanan Rakyat.Apakah perjuangan Ketuanan Rakyat ini?.Pada pendapat saya ketuanan rakyat adalah lebih kepada mewujudkan negara republik.Jika ketuanan melayu dikatakan melayu sebagai tuan jadi ketuanan rakyat ini pula boleh dikatakan sebagai rakyat menjadi tuan.Dengan itu ia mencabar kedudukan raja-raja,agama islam dan orang melayu.Apabila runtuhnya institusi beraja,kedudukan agama islam juga akan setaraf dengan agama-agama yang lain.Hak-hak orang melayu juga dengan serta merta akan hapus begitu juga bahasa melayu.Adakah kita mahu melihat negara Malaysia menjadi sebuah negara republik yang tiada agama rasmi,tiada hak orang melayu dan kedaulatan raja-raja melayu.

Perkara seperti ini boleh mewujudkan keadaan ke arah perbalahan perkauman.Ketuanan rakyat ini juga secara pokoknya akan menghapuskan inti pati perlembagaan malaysia.Perkara 153,perkara 152,perkara 181,perkara 38,perkara 12,perkara 11 dan perkara 3 akan dihapuskan sama sekali.Jadi apakah atau dimanakah terletaknya keistimewaan kaum melayu sebagai kaum peribumi di negara ini.Cuba kita bandingkan seorang usahawan berbangsa cina berjaya dalam perniagaan nya.Dia mempunyai 2 orang pekerja yang paling berdedikasi tidak kira apabila senang atau susah.pekerja beliau ini telah bekerja selama 20 tahun sehinggakan anak mereka juga bekerja di syarikat itu.Satu soalan,Adakah usahawan cina itu akan memberikan legasi beliau kepada pekerja-pekerja yang sudah lama bekerja dengan beliau itu?.Semestinya beliau tidak akan memberikan syarikat itu kepada pekerja beliau kerana syarikat itu beliau yang dirikan sehingga berjaya dan beliau mahu menurunkan kepada keturunan beliau.Jadi konklusinya,samalah juga seperti bangsa melayu yang menjadi kaum peribumi di tanah ini.Inilah nasib bangsa melayu di tanah melayu.Ketuanan Melayu harus diperjuangkan.Kaum melayu sekarang ini telah ramai yang berfikiran liberal.Keadilan adalah keadilan.Tapi apakah keadilannya jika kita melepaskan segalanya dan kita tidak memperoleh apa-apa.Jikalau tiada peruntukan bagi hak-hak orang melayu.Anda bayangkan sahaja kemanakah hala tuju orang melayu selepas ini.