Minta maaf kerana lama tak post dekat blog nie..kalau tak
takdalah namanya berok-band kan...sempena dengan bulan ogos bulan kemerdekaan ni..memang kena sangatlahhh dengan apa yang
saya nak ceritakan nie...
Masing-masing dah tahu tentang keputusan MALAYSIA U-23 vs
S.Korea U23 bulan lepas kan??tahu ke takk??ke memang tak nak ambik tahu?? Itu semua
terpulang kepada hati anda bahawa anda ada rasa bangga atau tidak terhadap
negara anda sendiri..Apa-apa pun saya cukup gembira dan bangga dengan kemenangan
Malaysia menundukkan S.Korea 1-0 di Bukit Jalil...Suara biasa yang kita dengar
kalau Malaysia menang macam biasalah “alaa,malaysia menang nasib je tuuu...”
atau “lawan team budak2 korea boleh laa makan..” untuk pengetahuan anda
MALAYSIA U-23 vs KOREA U-23 jadi tak pedulilahh dia nak hantar sesiapa pun
janji anda sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian
negara kita sendiri...Jangan menjadi seorang yang curang dan khianat terhadap
negara anda dengan menyokong negara S.Korea semasa game MALAYSIA vs Korea..tak
percaya??percayalahh bahawa ada segelintir daripada orang Malaysia sendiri
telah membelakangkan negara mereka..mereka datang dengan berpakain jersi
Korea,mafla Korea senang cerita dari atas sampai bawah korea korea
korea...bukannya saya nak berfikiran kolot ataupun ortodoks..tetapi ini juga
memperlihatkan rakyat Malaysia itu sendiri tidak ada sense of belonging...Dimana
semangat anda cinta akan negara anda??dimana anda letak kata-kata anda bahawa
anda setia kepada raja dan negara??..
Nak dijadikan cerita lahh..adalah seorang rakyat Malaysia
nie yang sokong Korea...dah lahh sokong Korea..pastu siap kutuk lagi penyokong
Malaysia nie “taik rimau”...sampai kesudah dia masih mempertahankan negara Korea
dia tu..dengan saya sekali jadik mangsa dia kata saya dulu pernah sokong
MU...hahahaha..yaa, memang saya dulu sokong Manchester United tetapi sampai ke
satu saat saya merasakan diri saya bodoh dan saya berfikir apa yang saya dapat
kalau saya sokong mereka??selama ini saya sokong hanya bergembira dan bersorak
tetapi perasaan bangga terhadap diri sendiri tak pernah saya rasakan..ia
seolah-olah saya menyokong orang yang tidak membawa apa-apa makna kepada saya...Atas
sebab inilah saya terus mengubah haluan dan percaya akan kata-kata “Dimana bumi
dipijak, Di situ langit dijunjung”..yaa memang betul..dan saya tidak peduli
kalau anda mahu kata saya ini bodoh atau buang masa menyokong bola sepak
Malaysia..tetapi ingat walau bodoh bagaimanapun ia tetap darah kita,ia tetap
negara kita dan ia tetap kebanggaan kita...Malangnya masih ramai yang tidak bangga
akan negara sendiri..
kalau anda tanya saya kenapa bola sepak kita jatuh
merudum??diantara faktor yang besar adalah penyokong..penyokong sudah lalai dan
asyik dengan permainan liga-liga eropah dan langsung terus mengkutuk dan
mencaci bola sepak tanah air mereka sendiri...yaa memang betul..kalau hendak
dibandingkan dengan negara Indonesia..mereka juga tengok liga eropah..tetapi
stadium mereka tetap penuh..kerana mereka mempunyai semangat jati diri yang
begitu kuat bukan seperti di negara kita..Siapa yang sanggup mati demi
negara??sapa yang sanggup untuk mempertahankan negara??kebanyakkannya hanya
boleh di mulut dan bukan secara zahirnya...
Kalau tidak takkanlahh semasa World Cup saya boleh nampak rakyat kita sendiri boleh menangis kerana negara sepanyol menang world cup..apa kena mengena sepanyol dengan diri anda??adakah sepanyol datang ke Malaysia dan buat parade segala macam dan dapat cuti umum??bagi saya itu adalah sesuatu perkara yang bodoh untuk dilakukan..contoh lahh anda datang daripada keluarga yang susah,dan anda berbangga dan menyorak untuk keluarga lain yang kaya raya..sedangkan keluarga itu langsung tidak ambil peduli dan menggunakan anda untuk kepentingan diri mereka sendiri..keluarga anda masih susah dan susah..samalah juga kalau anda sokong bola sepak England...apa yang anda dapat??adakah ia akan membawa kepada kemajuan bola sepak kita??jawapannya tidakk dan ia menghancurkan bola sepak kita sendiri...renungkanlahh..