Aug 9, 2010

Di antara jati diri anda dan Malaysia....


Minta maaf kerana lama tak post dekat blog nie..kalau tak takdalah namanya berok-band kan...sempena dengan bulan ogos bulan kemerdekaan ni..memang kena sangatlahhh dengan apa yang saya nak ceritakan nie...

Masing-masing dah tahu tentang keputusan MALAYSIA U-23 vs S.Korea U23 bulan lepas kan??tahu ke takk??ke memang tak nak ambik tahu?? Itu semua terpulang kepada hati anda bahawa anda ada rasa bangga atau tidak terhadap negara anda sendiri..Apa-apa pun saya cukup gembira dan bangga dengan kemenangan Malaysia menundukkan S.Korea 1-0 di Bukit Jalil...Suara biasa yang kita dengar kalau Malaysia menang macam biasalah “alaa,malaysia menang nasib je tuuu...” atau “lawan team budak2 korea boleh laa makan..” untuk pengetahuan anda MALAYSIA U-23 vs KOREA U-23 jadi tak pedulilahh dia nak hantar sesiapa pun janji anda sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian negara kita sendiri...Jangan menjadi seorang yang curang dan khianat terhadap negara anda dengan menyokong negara S.Korea semasa game MALAYSIA vs Korea..tak percaya??percayalahh bahawa ada segelintir daripada orang Malaysia sendiri telah membelakangkan negara mereka..mereka datang dengan berpakain jersi Korea,mafla Korea senang cerita dari atas sampai bawah korea korea korea...bukannya saya nak berfikiran kolot ataupun ortodoks..tetapi ini juga memperlihatkan rakyat Malaysia itu sendiri tidak ada sense of belonging...Dimana semangat anda cinta akan negara anda??dimana anda letak kata-kata anda bahawa anda setia kepada raja dan negara??..

Nak dijadikan cerita lahh..adalah seorang rakyat Malaysia nie yang sokong Korea...dah lahh sokong Korea..pastu siap kutuk lagi penyokong Malaysia nie “taik rimau”...sampai kesudah dia masih mempertahankan negara Korea dia tu..dengan saya sekali jadik mangsa dia kata saya dulu pernah sokong MU...hahahaha..yaa, memang saya dulu sokong Manchester United tetapi sampai ke satu saat saya merasakan diri saya bodoh dan saya berfikir apa yang saya dapat kalau saya sokong mereka??selama ini saya sokong hanya bergembira dan bersorak tetapi perasaan bangga terhadap diri sendiri tak pernah saya rasakan..ia seolah-olah saya menyokong orang yang tidak membawa apa-apa makna kepada saya...Atas sebab inilah saya terus mengubah haluan dan percaya akan kata-kata “Dimana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung”..yaa memang betul..dan saya tidak peduli kalau anda mahu kata saya ini bodoh atau buang masa menyokong bola sepak Malaysia..tetapi ingat walau bodoh bagaimanapun ia tetap darah kita,ia tetap negara kita dan ia tetap kebanggaan kita...Malangnya masih ramai yang tidak bangga akan negara sendiri..

kalau anda tanya saya kenapa bola sepak kita jatuh merudum??diantara faktor yang besar adalah penyokong..penyokong sudah lalai dan asyik dengan permainan liga-liga eropah dan langsung terus mengkutuk dan mencaci bola sepak tanah air mereka sendiri...yaa memang betul..kalau hendak dibandingkan dengan negara Indonesia..mereka juga tengok liga eropah..tetapi stadium mereka tetap penuh..kerana mereka mempunyai semangat jati diri yang begitu kuat bukan seperti di negara kita..Siapa yang sanggup mati demi negara??sapa yang sanggup untuk mempertahankan negara??kebanyakkannya hanya boleh di mulut dan bukan secara zahirnya...

Kalau tidak takkanlahh semasa World Cup saya boleh nampak rakyat kita sendiri boleh menangis kerana negara sepanyol menang world cup..apa kena mengena sepanyol dengan diri anda??adakah sepanyol datang ke Malaysia dan buat parade segala macam dan dapat cuti umum??bagi saya itu adalah sesuatu perkara yang bodoh untuk dilakukan..contoh lahh anda datang daripada keluarga yang susah,dan anda berbangga dan menyorak untuk keluarga lain yang kaya raya..sedangkan keluarga itu langsung tidak ambil peduli dan menggunakan anda untuk kepentingan diri mereka sendiri..keluarga anda masih susah dan susah..samalah juga kalau anda sokong bola sepak England...apa yang anda dapat??adakah ia akan membawa kepada kemajuan bola sepak kita??jawapannya tidakk dan ia menghancurkan bola sepak kita sendiri...renungkanlahh..





No comments: