Mar 1, 2010

Malaysia 1-0 Yemen


Perlawanan persahabatan diantara Malaysia vs Yemen yang diadakan di Stadium Bukit Jalil berkesudahan 1-0 yang berpihak kepada negara kita...Namun ada sedikit ketegangan yang berlaku di dalam stadium sejurus selepas Malaysia mendahului dengan 1 gol..Tindakan penyokong Yemen yang menarik salah seorang ahli Ultras Malaya telah mengundang "Amukan" kepada penyokong fanatik Malaysia ini...tetapi keadaan dapat ditenangkan kemudian..Darah panas penyokong ini kemudian semakin membara apabila bendera Malaysia diludah dan dicaci maki oleh penyokong-penyokong Yemen..Dengan itu sejurus wisel penamat terdapat pergaduhan diluar stadium yang boleh saya katakan salah seorang dari penyokong Yemen itu terpaksa didukung bawa ke kereta.Nampaknya mereka terpaksa akur bahawa "This is our country and please respect it"...Well Done my brothers..ULTRAS MALAYA!!!Hidup Matiku Seorang Malaysia...


Lagi sekali saya terpaksa mengatakan kekesalan saya terhadap sikap rakyat Malaysia..Apa tidaknya,diluar pekarangan stadium berlansungnya JOMHEBOH...nak cari parking sampai 1 jam, punyalah ramai yang berpusu-pusu nak datang ke jomheboh...Tetapi anda sendiri saksikanlah sendiri bilangan penyokong yang masuk ke stadium untuk memberikan sokongan kepada MALAYSIA...Were out numbered by the Yemen supporters....


Akhir sekali saya mahu mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan rakyat Malaysia yang datang join kami nyanyi dan sorak bersama sehingga ke minit yang terakhir...Inilah semangat Malaysia yang kita cari, bukan hanya dengan gagasan atau percakapan tetapi semangat cinta akan negara itu dilimpahi dengan sorakan dan pengorbanan terhadap negara Malaysia tercinta...

No comments: