Feb 17, 2010

10 Individu Terkaya Di Malaysia

Tahniah kepada Tan Sri Syed Mokhtar kerana menjadi satu-satunya orang Melayu yang tersenarai sebagai 10 individu terkaya di Malaysia.Maruah bangsa Melayu sedikit sebanyak diangkat dengan kejayaan beliau menduduki di tangga ke-7.Tetapi adakah dia sahaja yang layak untuk berada di kelompok terkaya ini berbanding kaum Melayu yang lain?.Sampai bilakah maruah orang Melayu harus diangkat tinggi melebihi kaum-kaum yang lain?.Tidak ada kekurangan orang Melayu jika dibandingkan dengan orang lain.Melayu telah ramai yang berjaya dalam bidang ilmu sains,akademik,politik dan hal agama.Tetapi orang Melayu cukup lemah menguasai bidang ekonomi.Semenjak kongres Melayu pertama Malaya pada tahun 1946 diadakan ia telah membincangkan perihal hak orang Melayu, taraf pendidikan orang Melayu dan ekonomi orang Melayu.Setelah 64 tahun berlalu adakah orang Melayu dapat menguasai kembali ekonomi di Tanah Melayu ini?.Jawapannya kita masih menjadi kuasa ekonomi di bawah kaum Cina dan India.Justeru sebagai orang Melayu kita harus membuang sikap dan sifat dengki mendengki sesama kita kerana kejayaan kaum Melayu itu sendiri adalah kejayaan bagi kita semua..





Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia

1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b

3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b

4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b

5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b

6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b

7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b

8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b

9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b

10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

No comments: