Senarai akhir pemain yang akan dibawa oleh Coach Rajagopal ke Jakarta untuk AFF Suzuki Cup 2010 =
Penjaga Gol
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
SHARBINEE ALLAWEE
Pertahanan
RAZMAN ROSLAN
ASRARUDIN PUTRA OMAR
SABRE MAT ABU
KHAIRUL HELMI JOHARI
MUSLIM AHMAD
FADHLI SHAS
MOHD FAIZAL MOHAMAD
MAHALI JASULI
Tengah
AMRI YAHYAH
SAFIQ RAHIM
AMIRULHADI ZAINAL
AMAR ROHIDAN
KHYRIL MUHYMEEN ZAMRI
FAIZAL ABU BAKAR
K. GURUSAMY
S. KUNANLAN
Penyerang
MOHD SAFEE MOHD SALI
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
ASHAARI SAMSUDIN
IZZAQ FARIS RAMLAN
iyzat . عزة
http://iyzat.blogspot.com/
Nov 29, 2010
Nov 23, 2010
Misi "Membaham" AFF Suzuki Cup 2010...
AFF Suzuki Cup 2010 menyaksikan pasukan negara kita akan menentang Indonesia,Thailand dan Laos di Jakarta pada awal bulan Disember depan...Kita yang baru sahaja memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lepas pasti akan dijadikan team pilihan untuk menjadi juara Asean Cup pada tahun ini...Sejarah terbaik Malaysia menyertai AFF Suzuki Cup yang dahulunya di namakan Tiger Cup ialah final pada tahun 1996 yang menyaksikan kita tewas 1-0 kepada Thailand..Namun saya percaya sejarah kita tidak akan menjadi halangan untuk kita berjaya pada tournament kali ini....Dengan semangat yang kental dan tidak mudah putus asa, saya percaya kita akan melepasi pusingan kumpulan ini untuk melangkah ke separuh akhir...Mari kita doakan bersama kejayaan pasukan kita di Jakarta nanti..
Jadual perlawanan Malaysia pada peringkat kumpulan A =
Rabu - 1 Disember - 8.30ptg (waktu Malaysia) - Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
MALAYSIA vs Indonesia
Sabtu - 4 Disember - 6ptg (waktu Malaysia) - Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
MALAYSIA vs Thailand
Selasa - 7 Disember - 8.30ptg (waktu Malaysia - Stadium Jalak Harupat, Bandung
MALAYSIA vs Laos
Senarai awal pemain untuk ke Jakarta =
Penjaga Gol
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI
Pertahanan
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS
Tengah
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL
Penyerang
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH
Untuk maklumat lanjut sila layari = http://www.affsuzukicup.com/malaysia.html
Nov 15, 2010
Perjuangan Malaysia belum selesai....
Tamat sudah bagi Group stage Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China..Meskipun kita layak ke pusingan ke-2 tetapi kemaraan kita ke pusingan ke-2 ini telah dicemari oleh mutu pengadilan yang "SANGAT TERUK" apabila kita tewas dengan China 0-3..Referee yang sakit mental itu sepatutnya tidak menjadi referee langsung kerana dia telah mencemari bola sepak itu sendiri..Tak perlu saya ulas banyak lahh,bagi mereka yang tak tengok bola pun boleh tau keputusan referee itu sememangnya berat sebelah kepada pasukan China...Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S Kunanlan dibuang padang dan menjadikan skuad Malaysia hanya bermain dengan 8 orang..Walau apa pun saya masih berbangga dengan Malaysia yang bermain dengan penuh semangat..Dengan hanya 8 orang China hanya mampu membuat gol dengan set piece dan penalti...Nampak sangatlahh team China ini team ayam dan hanya menggunakan referee untuk membawa mereka ke pusingan yang seterusnya...Apa pun kita harus teruskan sokongan kita kepada negara di pusingan ke-2 menentang Iran selepas ini..Hanya tinggal 13 pemain yang akan menggalas tanggungjawab negara untuk melawan pasukan Iran...ayuh berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir pahlawanku...
Peringkat Kumpulan A
MALAYSIA 2-1 Kygyrzstan
MALAYSIA 0-2 Jepun
MALAYSIA 0-3 China
Pusingan Ke-2
MALAYSIA vs Iran
15 November - 4 ptg
RESULT
MALAYSIA 1-3 IRAN
Nov 4, 2010
Jersi Kebangsaan Malaysia Terbaru....
Pada 3hb November jersi kebangsaan Malaysia yang baru telah pun di lancarkan di Wisma FAM pada pukul 4ptg...Jersi yang baru ini boleh dikatakan lebih tampak klasik dan garang untuk Harimau Malaya menyarung apabila menentang musuh...
Untuk Home jersi bagi saya ia memang cantik,elegan dan garang..malah di belakang bendera Malaysia ada tertulis "Tanah Tumpahnya Darahku" yang lebih memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang memakainya...bagi bendera Malaysia yang menggantikan Logo FAM pula bagi saya ia lebih mengingatkan kepada sang pemakai bahawa Malaysia berada di dada setiap seorang yang memakai baju ini..Mungkin juga orang ramai akan lebih banyak membeli jersi ini kerana ketiadaannya logo FAM, faham-faham sahajalah kenapa orang tak suka logonya itu kan...
Bagi Away jersi pula saya merasakan agak pelik...kenapa sebab warna merah tu tak berapa nak kena sangat dekat lengan...tapi mungkin apabila kita memakainya dia tampak sikit berbeza...apa pun apa kata kita serbu kedai-kedai Nike berdekatan dan kita beli dan pakainya sendiri...saya harap ramai orang kita yang akan membeli dan memakai jersi ini dengan penuh bangganya...
HIDUP MATIKU MALAYSIA!!!
Oct 8, 2010
tidak sedar pemikiran dijajah....
Post ini saya terbaca daripada the star online... Ceritanya seorang "Mat Salleh" dari UK mengatakan hasrat tidak puas hatinya kerana tidak dapat mencari Jersi Kebangsaaan Malaysia...Dalam soal ini siapa yang harus dipersalahkan?? Kedai ke yang salah sebab tak jual jersi Malaysia ? ataupun demand untuk jersi Malaysia ini kurang disebabkan rakyatnya yang masih dijajah dan mengagung-agungkan kelab-kelab dari luar negara dan negara-negara yang lain lebih daripada Malaysia..Saya agak malu apabila dia mengatakan dia mahu memakai jersi Malaysia " With Pride "...Cuba kita fikirkan?? kenapa dia berkata begitu sedangkan dia sendiri daripada England..Kita rakyat Malaysia sendiri mahu mengutuk,mencaci,memaki negara kita sendiri..Sedangkan dia mahu memakai jersi kebangsaan kita dengan bangganya...
Where can I get a Malaysian jersey?
I VISIT your country quite a bit because my parents live here.
Everywhere I look are advertisements highlighting the glory days of Malaysian football and even your sports pages feature Malaysian football.
However, your shops sell English football tops from Chelsea, Man Utd, Arsenal and England but no Malaysian football shirts?
I have e-mailed the FA of Malaysia about 100 times and have had no response. All I want is a replica Malaysian football jersey to wear with pride.
PAUL HANNAM,
Kent, UK.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Where can I get a Malaysian jersey?
I VISIT your country quite a bit because my parents live here.
Everywhere I look are advertisements highlighting the glory days of Malaysian football and even your sports pages feature Malaysian football.
However, your shops sell English football tops from Chelsea, Man Utd, Arsenal and England but no Malaysian football shirts?
I have e-mailed the FA of Malaysia about 100 times and have had no response. All I want is a replica Malaysian football jersey to wear with pride.
PAUL HANNAM,
Kent, UK.
Aug 9, 2010
Di antara jati diri anda dan Malaysia....
Minta maaf kerana lama tak post dekat blog nie..kalau tak
takdalah namanya berok-band kan...sempena dengan bulan ogos bulan kemerdekaan ni..memang kena sangatlahhh dengan apa yang
saya nak ceritakan nie...
Masing-masing dah tahu tentang keputusan MALAYSIA U-23 vs
S.Korea U23 bulan lepas kan??tahu ke takk??ke memang tak nak ambik tahu?? Itu semua
terpulang kepada hati anda bahawa anda ada rasa bangga atau tidak terhadap
negara anda sendiri..Apa-apa pun saya cukup gembira dan bangga dengan kemenangan
Malaysia menundukkan S.Korea 1-0 di Bukit Jalil...Suara biasa yang kita dengar
kalau Malaysia menang macam biasalah “alaa,malaysia menang nasib je tuuu...”
atau “lawan team budak2 korea boleh laa makan..” untuk pengetahuan anda
MALAYSIA U-23 vs KOREA U-23 jadi tak pedulilahh dia nak hantar sesiapa pun
janji anda sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian
negara kita sendiri...Jangan menjadi seorang yang curang dan khianat terhadap
negara anda dengan menyokong negara S.Korea semasa game MALAYSIA vs Korea..tak
percaya??percayalahh bahawa ada segelintir daripada orang Malaysia sendiri
telah membelakangkan negara mereka..mereka datang dengan berpakain jersi
Korea,mafla Korea senang cerita dari atas sampai bawah korea korea
korea...bukannya saya nak berfikiran kolot ataupun ortodoks..tetapi ini juga
memperlihatkan rakyat Malaysia itu sendiri tidak ada sense of belonging...Dimana
semangat anda cinta akan negara anda??dimana anda letak kata-kata anda bahawa
anda setia kepada raja dan negara??..
Nak dijadikan cerita lahh..adalah seorang rakyat Malaysia
nie yang sokong Korea...dah lahh sokong Korea..pastu siap kutuk lagi penyokong
Malaysia nie “taik rimau”...sampai kesudah dia masih mempertahankan negara Korea
dia tu..dengan saya sekali jadik mangsa dia kata saya dulu pernah sokong
MU...hahahaha..yaa, memang saya dulu sokong Manchester United tetapi sampai ke
satu saat saya merasakan diri saya bodoh dan saya berfikir apa yang saya dapat
kalau saya sokong mereka??selama ini saya sokong hanya bergembira dan bersorak
tetapi perasaan bangga terhadap diri sendiri tak pernah saya rasakan..ia
seolah-olah saya menyokong orang yang tidak membawa apa-apa makna kepada saya...Atas
sebab inilah saya terus mengubah haluan dan percaya akan kata-kata “Dimana bumi
dipijak, Di situ langit dijunjung”..yaa memang betul..dan saya tidak peduli
kalau anda mahu kata saya ini bodoh atau buang masa menyokong bola sepak
Malaysia..tetapi ingat walau bodoh bagaimanapun ia tetap darah kita,ia tetap
negara kita dan ia tetap kebanggaan kita...Malangnya masih ramai yang tidak bangga
akan negara sendiri..
kalau anda tanya saya kenapa bola sepak kita jatuh
merudum??diantara faktor yang besar adalah penyokong..penyokong sudah lalai dan
asyik dengan permainan liga-liga eropah dan langsung terus mengkutuk dan
mencaci bola sepak tanah air mereka sendiri...yaa memang betul..kalau hendak
dibandingkan dengan negara Indonesia..mereka juga tengok liga eropah..tetapi
stadium mereka tetap penuh..kerana mereka mempunyai semangat jati diri yang
begitu kuat bukan seperti di negara kita..Siapa yang sanggup mati demi
negara??sapa yang sanggup untuk mempertahankan negara??kebanyakkannya hanya
boleh di mulut dan bukan secara zahirnya...
Kalau tidak takkanlahh semasa World Cup saya boleh nampak rakyat kita sendiri boleh menangis kerana negara sepanyol menang world cup..apa kena mengena sepanyol dengan diri anda??adakah sepanyol datang ke Malaysia dan buat parade segala macam dan dapat cuti umum??bagi saya itu adalah sesuatu perkara yang bodoh untuk dilakukan..contoh lahh anda datang daripada keluarga yang susah,dan anda berbangga dan menyorak untuk keluarga lain yang kaya raya..sedangkan keluarga itu langsung tidak ambil peduli dan menggunakan anda untuk kepentingan diri mereka sendiri..keluarga anda masih susah dan susah..samalah juga kalau anda sokong bola sepak England...apa yang anda dapat??adakah ia akan membawa kepada kemajuan bola sepak kita??jawapannya tidakk dan ia menghancurkan bola sepak kita sendiri...renungkanlahh..
Jun 6, 2010
Selamat Hari Jadi iyzatttt.....
Terima kasih kepada yang telah wish birthday saya pada 3 jun yang lepas...terima kasih la banyak-banyak...makin hari makin tua..makin berpengalaman dan makin segak...wahahahahahahaha...terima kasih terima kasih terima kasih...
p/s = berokband makin lama makin teruk..haihhh..susah la macam nie...promosi gila-gila tapi line tak nak upgrade..inilah masalah syarikat komunikasi di Malaysia nie..fikir untung jee...
p/s = berokband makin lama makin teruk..haihhh..susah la macam nie...promosi gila-gila tapi line tak nak upgrade..inilah masalah syarikat komunikasi di Malaysia nie..fikir untung jee...
Subscribe to:
Posts (Atom)