Nov 4, 2010

Jersi Kebangsaan Malaysia Terbaru....


Pada 3hb November jersi kebangsaan Malaysia yang baru telah pun di lancarkan di Wisma FAM pada pukul 4ptg...Jersi yang baru ini boleh dikatakan lebih tampak klasik dan garang untuk Harimau Malaya menyarung apabila menentang musuh...

Untuk Home jersi bagi saya ia memang cantik,elegan dan garang..malah di belakang bendera Malaysia ada tertulis "Tanah Tumpahnya Darahku" yang lebih memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang memakainya...bagi bendera Malaysia yang menggantikan Logo FAM pula bagi saya ia lebih mengingatkan kepada sang pemakai bahawa Malaysia berada di dada setiap seorang yang memakai baju ini..Mungkin juga orang ramai akan lebih banyak membeli jersi ini kerana ketiadaannya logo FAM, faham-faham sahajalah kenapa orang tak suka logonya itu kan...



Bagi Away jersi pula saya merasakan agak pelik...kenapa sebab warna merah tu tak berapa nak kena sangat dekat lengan...tapi mungkin apabila kita memakainya dia tampak sikit berbeza...apa pun apa kata kita serbu kedai-kedai Nike berdekatan dan kita beli dan pakainya sendiri...saya harap ramai orang kita yang akan membeli dan memakai jersi ini dengan penuh bangganya...

HIDUP MATIKU MALAYSIA!!!

No comments: