Aug 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52...



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52 bagi semua rakyat Malaysia...Ayuh kita pertahankan apa yang telah kita korban dan perjuangkan selama 52 tahun...Jangan hanya kerana "Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga"...Merdeka! Merdeka! Merdeka!...=)

Aug 8, 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri(AKDN)

http://mymassa.blogspot.com/2009/07/akta-keselamatan-dalam-negeri-malaysia.html

kepada mereka yang masih tdak faham apa itu ISA??silalahh rujuk link di atas ini...
semoga kita semua faham apakah sebenarnya ISA...Jgn lahhh kita hanya ditipu dgn dakyah2 islam
yg hanya dipergunakan oleh orang tertentu untuk mengkaburi mata kita semua sebagai org islam...
wassalam...;)

Aug 7, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu....


KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :


Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);


Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;


Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;


Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;


Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;


Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;


Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi.” “Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya ada kalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

“Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat,” titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

“Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram,” titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

— BERNAMA

Pendapat saya ialah kita semua haruslah merenungi setiap isi-isi yang telah raja-raja melayu kita dahulu berjanji semasa kemerdekaan.Terutama sekali masyarakat bangsa melayu yang sekarang ini ada sesetengah telah diperkudakan untuk tujuan politik oleh bangsa-bangsa lain.Kita harus ingat bahawa malay-sia ini adalah tanah tumpah darah kita...bersatulah wahai orang-orang melayu....hidup melayu!!!!

Jul 7, 2009

50 Wanita bersamaan dengan 1 LELAKI...

Wassalam...saya tertarik atas satu pos yg saya baca di myspace.Jadi saya poskan ia di blog ini.Saya berharap agar kita semua khususnya orang beragama islam dapat kongsi bersama...

DIRIWAYATKAN oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Masalah sosial dan keluarga yang kian meruncing adalah disebabkan ramai lelaki yang tidak lagi berperanan sebagai lelaki dan hilang semangat kelelakiannya.

Mungkin ramai yang akan menduga hilang semangat kelelakian membawa maksud bertambahnya lelaki lembut seperti yang pernah diperbincangkan​ dalam akhbar harian tempatan suatu waktu dulu.

Ada juga menyangkakan yang dimaksudkan dengan semakin kurangnya bilangan lelaki, tetapi sebenarnya bukan demikian. Bilangan lelaki ramai, jika tidak lebih atau sama dengan bilangan wanita pun sekurang-​kurangnya tidaklah terlalu jauh nisbahnya.

Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranannya sebagai lelaki seperti disebutkan oleh al-Quran: “Para lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.” (Surah al-Nisa, ayat 24)

Hipotesis itu sebenarnya ada kebenarannya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bertepatan dengan hadis di atas. Hadis itu menyebut bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita, dan yang lebih parah lagi, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Menariknya, dalam hadis itu Rasulullah SAW menggunakan perkataan ‘qawwam’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan tidak menggunakan perkataan ‘rijal’ yang membawa maksud lelaki.

Maksudnya, orang lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya.Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sama ada tidak bertanggungjawa​b menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga ataupun memperlakukan wanita dengan perlakuan memudaratkan mereka,
seperti mengeksploit, merogol, menjadikan wanita alat pemuas nafsu dan sebagainya.

Lihat apa yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin hari semakin hancur moralnya. Berita kejadian rogol bagaikan sama wajibnya dengan ruangan siaran televisyen di dada akhbar.

Sumbang mahram, bunuh, samun, ragut, dera isteri, anak, pembantu rumah dan 1001 kejadian dan peristiwa yang jelas menunjukkan hilangnya kelelakian ramai lelaki di Malaysia ini.

Bukannya hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi kerana mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai lelaki yang sebenarnya iaitu ‘pelindung’ bagi wanita.

Apakah rasionalnya teori itu? Jika lelaki mempunyai kelelakian dan menjadi pelindung, dia akan melihat wanita golongan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga kehormatan, tidak boleh dikasari,
tidak dieksploitasi apa lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang.

Lelaki yang mempunyai sifat pelindung tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya kerana menyedari dia wajib melindungi maruah wanita itu. Lelaki pelindung tidak akan merogol wanita, kerana beliau menyedari beliaulah yang patut melindungi wanita daripada dikasari dan dizalimi, apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat mereka sendiri.

Seorang lelaki pelindung juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana merekalah yang sepatutnya melindungi wanita daripada sebarang mudarat dan musibah. Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Keluarga memerlukan lelaki pelindung yang tidak akan bermalasan di rumah membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang. Lelaki pelindung juga tidak akan memukul dan mendera sama ada isteri mahupun anaknya.

Lelaki pelindung juga tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut wanita dan ahli keluarganya, tidak akan menggadai maruah anak isteri walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus di dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia pada hari ini.

Ironiknya dalam sesetengah keadaan, wanita turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki. Kedengaran suara sumbang aktivis wanita yang ingin mendapat taraf sama dengan lelaki tanpa menyedari risikonya.

Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini di dominasi lelaki. Di satu sudut, muncul bagai cendawan lepas hujan wanita yang rela diri dieksploitasi lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata daripada etika dan maruah.

Bagaikan sesuatu yang biasa, kewujudan GRO, pelacuran sama ada yang terhormat ataupun tidak berlesen. Media berlumba-lumba mempergunakan wanita untuk melariskan produk mereka.

Bagaimana menyedarkan lelaki mengenai tugas mereka sebagai pelindung? Proses yang bagaimana perlu diaplikasikan terhadap semua lelaki di Malaysia supaya sedar mereka adalah lelaki dan perlu menjadi pelindung bagi wanita?

Dalam hal ini, lelaki terutama Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan perlunya mereka kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dan menjadikan lelaki sebagai pelindung martabat iu.

Jika seseorang Muslim sedar bahawa dia adalah hamba Allah, maka dia wajib mengikuti perintah Allah, mengikut ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki melindungi wanita mencontohi Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita. Baginda mengajar kita bagaimana melindungi wanita sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah, lelaki akan sentiasa menjadi pelindung bagi wanita.

Jun 25, 2009

Siapa Dan Mengapa Mereka Ditahan I-S-A...

Semenjak 2004, seramai 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Pecahan jumlah orang tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah berikut:

Pemalsuan Dokumen : 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1 : 17 orang
Penyeludupan Pendatang Tanpa Izin : 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf : 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear : 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand : 3 orang
Agen Perisikan Asing : 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM : 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam : 1 orang
Kumpulan Darul Islam : 17 orang dan
Kumpulan Jemaah Islamiah :18 orang

Sehingga kini, hanya dua belas orang tahanan yang masih menjalani Tahanan di bawah AKDN 1960.

Mereka ini terdiri daripada lapan orang tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan serta empat orang tahanan yang didapati terlibat dengan pemalsuan dokumen.

Daripada jumlah keseluruhan orang tahanan tersebut, enam orang daripada mereka adalah warga asing dan 6 warga tempatan.

Dalam tempoh yang sama, terddapat pemimpin parti politik telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah AKDN 1960.

Namun begitu, kerajaan ingin menegaskan bahawa Perintah Tahanan yang dikeluarkan adalah bukan berdasarkan kesalahan atau agenda politik.

Sebaliknya berdasarkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraan awam.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan sulung sempena perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia telah menegaskan bahawa Akta Keselamatan Dalan Negeri 1960 akan dikaji semula.

Sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawa​b untuk memastikan keselamatan dan kepentingan negara serta ketenteraman awam komitmen untuk melaksanakan proses kajian semula akta ini mengikut dan keperluan keselamatan semasa yang semakin mencabar.

Negara kini berhadapan dengan ancaman keselamatan berbentuk global termasuklah dari kumpulan militan antarabangsa dan jenayah rentas sempadan.

Sebarang cadangan pindaan atau pemansuhan AKDN 1960 tidak akan sesekali mengadaikan keselamatan dan kepentingan negara serta kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Ini adalah selari dengan gagasan YAB Perdana Menteri Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Selain proses kajian terhadap pelaksanaan AKDN 1960, kementerian juga akan melaksanakan proses kajian serupa terhadap undang-unang pencegahan yang diletakkan dibawah tanggungjawab Kementerian dan jabatan-​jabatan dibawahnya.

Kementerian berpandangan bahawa telah tiba masa yang sesuai untuk mengkaji semula kesesuaian dan keberkesanaan kemampuan untuk berhadapan dengan ancaman dan kegiataan kegiatan jenayah yang semakin mencabar.

Jun 3, 2009

Selamat Hari Lahir =)

Terima kasih kepada mereka yang telah mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada saya.semoga allah memberikan rezeki dan rahmat kepada anda semua.wassalam.