Jun 25, 2009

Siapa Dan Mengapa Mereka Ditahan I-S-A...

Semenjak 2004, seramai 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Pecahan jumlah orang tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah berikut:

Pemalsuan Dokumen : 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1 : 17 orang
Penyeludupan Pendatang Tanpa Izin : 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf : 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear : 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand : 3 orang
Agen Perisikan Asing : 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM : 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam : 1 orang
Kumpulan Darul Islam : 17 orang dan
Kumpulan Jemaah Islamiah :18 orang

Sehingga kini, hanya dua belas orang tahanan yang masih menjalani Tahanan di bawah AKDN 1960.

Mereka ini terdiri daripada lapan orang tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan serta empat orang tahanan yang didapati terlibat dengan pemalsuan dokumen.

Daripada jumlah keseluruhan orang tahanan tersebut, enam orang daripada mereka adalah warga asing dan 6 warga tempatan.

Dalam tempoh yang sama, terddapat pemimpin parti politik telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah AKDN 1960.

Namun begitu, kerajaan ingin menegaskan bahawa Perintah Tahanan yang dikeluarkan adalah bukan berdasarkan kesalahan atau agenda politik.

Sebaliknya berdasarkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraan awam.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan sulung sempena perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia telah menegaskan bahawa Akta Keselamatan Dalan Negeri 1960 akan dikaji semula.

Sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawa​b untuk memastikan keselamatan dan kepentingan negara serta ketenteraman awam komitmen untuk melaksanakan proses kajian semula akta ini mengikut dan keperluan keselamatan semasa yang semakin mencabar.

Negara kini berhadapan dengan ancaman keselamatan berbentuk global termasuklah dari kumpulan militan antarabangsa dan jenayah rentas sempadan.

Sebarang cadangan pindaan atau pemansuhan AKDN 1960 tidak akan sesekali mengadaikan keselamatan dan kepentingan negara serta kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Ini adalah selari dengan gagasan YAB Perdana Menteri Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Selain proses kajian terhadap pelaksanaan AKDN 1960, kementerian juga akan melaksanakan proses kajian serupa terhadap undang-unang pencegahan yang diletakkan dibawah tanggungjawab Kementerian dan jabatan-​jabatan dibawahnya.

Kementerian berpandangan bahawa telah tiba masa yang sesuai untuk mengkaji semula kesesuaian dan keberkesanaan kemampuan untuk berhadapan dengan ancaman dan kegiataan kegiatan jenayah yang semakin mencabar.

No comments: