Jan 12, 2010

KBS mahu hantar skuad bawah-23 ke eropah???


KANCAH Liga Malaysia bukan medan terbaik, malah dianggap sebagai penghalang, andainya peningkatan mahu terus disaksikan daripada kelompok pemain yang membentuk skuad emas Sukan Sea XXV lalu.

Lantas, daripada membiarkan mereka terus 'terperangkap', Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya meraih persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk 'menyelamatkan' mereka.

Ia mahu dicapai dengan segera meleraikan ikatan mereka daripada pasukan negeri sebelum pemain-pemain terpilih dihantar untuk pendedahan dan latihan di Eropah dengan harapan mampu mencipta nama di pentas tertinggi itu.

"Kita akui bahawa skuad bawah 23 tahun ini perlu dikekalkan, tetapi tidak perlu dikorbankan masa depan mereka semata-mata demi kepentingan pasukan negeri. Keadaan Liga Malaysia juga jauh berbeza dengan saingan di negara luar.

"FAM sudah membangunkan skuad ke tahap mampu mencapai keputusan membanggakan. Kini sudah tiba masa untuk memikirkan masa depan mereka daripada konteks berbeza," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam.

sumber=http://www.bharian.com.my


Ini adalah cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tentang mahu menghantar skuad emas bawah-23 negara untuk berlatih di luar negara..Bagi saya cadangan ini mempunyai pro dan kontranya,jika KBS mahu menghantar pasukan ini untuk berlatih dalam masa lebih kurang 4-5 bulan lepas itu balik.terus terang saya katakan ia adalah sesuatu pembaziran serta merta...10-20 juta dihabiskan semata-mata untuk 30 pemain.lebih baik duit itu digunakan untuk pembangunan bola sepak keseluruhannya...Liga Malaysia dikatakan bukan medan terbaik dan dianggap penghalang...helloo shaberyy,awak pernah pegi ke saksikan perlawanan liga malaysia??setakat nak pergi masa final sahaja lepas itu mahu berkata liga malaysia tak bagus baik tak payah...

Untuk contoh,pasukan indonesia dan china pernah menghantar skuad bawah-20 mereka ke luar negara...tetapi hasilnya tidaklah begitu membanggakan...jadi kalau boleh apa kata KBS menghantar skuad bawah-20 yang dilatih oleh Azraii Khor atau bawah-18 yang dilatih oleh Ong Kim Swee...kerana saya berpendapat pasukan Harimau Muda ini harus diberikan latihan dan pendedahan untuk menjadi pemain yang professional apabila mereka telah menjangkau usia 20 ke atas..rata-rata pemain bawah 23 ini kebayakkannya sudah bergelar pemain professional..jadi apakah yang akan terjadi kepada kancah liga malaysia jika pemain-pemain ini keluar negara??pasukan-pasukan negeri akan patah kaki apabila bintang-bintang mereka ini terpaksa dikeluarkan dari pasukan..juga tarikan penonton untuk menyaksikan liga malaysia akan kian merudum..sudahlah tidak meriah seperti dahulu,ini kita tambah pulak kasi kosong lagi stadium...bayangkan di stadium sultan muhammad ke -4,kota bharu...setiap minggu penuh 20,000 penonton..20,000 x 10 = 200,000 kutipan untuk duit tiket sahaja...jika bintang mereka ini tiada...siapa lagi yang hendak ke stadium...kalau zaman dahulu pun kita kalau hendak ke stadium mesti kita mahu menyaksikan kehebatan santokh singh,mokthar dahari dan banyak lagi bintang bola sepak...jadi bintang bola sepak kebangsaan ini adalah tarikan kepada penonton untuk datang ke stadium...kita mahu melihat industri bola sepak kita maju dan gemilang kembali bukan hanya dengan pencapaian negara tetapi pencapaian industri bola sepak itu sendiri..sampai manakah kita boleh mencapai tahap itu..

Sekali lagi saya tegaskan,kalau usaha KBS ini hanya untuk memberikan latihan kepada 30 pemain yang telah berumur lingkungan 20 ke atas.. lebih baik KBS menghantar skuad Harimau Muda bawah-20 atau bawah-18 untuk berlatih di luar negara kerana di usia ini lah yang paling terbaik untuk belajar...tidak perlulah kita terlalu bangga akan negara asing..kita harus berbangga dengan Malaysia itu sendiri...

No comments: